Salam semua...salam hujung minggu...salam gembira dan ceria selalu yea...
Entri kali ni tergerak hati nak menulis tentang pengalaman bercuti hari tu ke nogori oghang puteyy, United Kingdom. Kami menetap lebih kurang sebulan di Manchester sebab kebetulan suami sedang buat
post doctorial di sana...Alhamdulillah, rezeki suami dan kami pun tumpang sekaki la yea...kalau tak, semata nak pergi ke sana dengan tambang 4 orang sahaja lebih rm***** belum termasuk makan minum...alahaiii..kopak ler jawabnye...hehe...ok, bila teringat balik rupanya ada banyak perbezaan di antara kita dengan mereka dan banyak benda rupanya kita kena pelajari dari mereka tau...
Janganlah salah faham ye...saya tetap anak jati Malaysia dan saya amat sayangkan negara terchenta ini. Negara umat Islam yang mana sepatutnya lebih
advance dalam pelbagai aspek kerana semuanya telah Nabi SAW tunjukkan contoh pada umatnya. Sunnah Nabi SAW sekiranya kita praktikkan..Allahu Rabbi...nescaya kita benar2 menjadi contoh teladan kepada orang lain dan menjadi dakwah paling mudah secara tidak langsung kepada mereka.
Ok...ni nak cerita pengalaman yang ada...biarpun seciput je tetapi nak share jugak sebab sejujurnya
i'm really impressed dengan masyarakat di sana. Pergi time
winter tau...merasa jugak pengalaman negara beriklim 4 musim ni...sejuk 0°c...beku weiiii...hehe...
Alright...ni dia apa yang boleh saya ceritakan tentang masyarakat di sana...
#1 Beradab dan bersopan santun
Memang terasa bezanya...mat2 dan minah2 saleh ni kalau kita tengok penuh dengan adab dan sopan santun gayanya...bercakap lemah lembut...
thank you tak lekang di bibir mereka apabila kita berikan sedikit bantuan hatta tolong bukak kan pintu...lima enam tujuh kali la ucapan
thank you nya....Allah...betapa kita rasa sungguh dihargai...bukan buat apapun..tolong tahankan pintu jer...hihi...
excuse me...sorry....memang jenuh kita dengar...pendek kata sikap mereka yang saling menghargai dan sudah menjadi budaya dan amalan masyarakat di sana...kita yang kadang2 malu alah tau...
#2 Kebersihan
Percaya tidak kalau saya katakan masuk ke
toilet kat sana korang boleh siap kuak lentang atau meniarap atas lantai tu...hehehe...bersih ya amatttt...ayah saya yang sama2 pergi kat sana asyik
survey tandas je kerjanya...hahahaaa...keluar dari tandas siap dia geleng kepala tandanya kagum dengan tahap kebersihan tandasnya...kering, bersih bersinar hingga kita boleh bagi 5 bintang tau....tandas kita kat Malaysia ni...Ya Allah, sangat jauh ketinggalan...malu sendiri bila mengenangkan...bila agaknya rakyat Malaysia ni nak punya kesedaran sivik yang tinggi ya...😔
#3 Disiplin
Tip Top
Pengalaman naik bas di sana ada perbezaannya dengan kita di sini...kami memilih untuk naik bas dari Manchester nak ke London dan juga time nak cari
snow ke Scotland...hihi...okay, naik bas takde tiket just tunjukkan pembelian online dan email time kita beli tu...carik2 no tempat duduk takde...maknanya time naik baru kita cari dan duduklah kat mana2 kerusi yang kosong...so, dalam fikiran dah boleh bayangkan mesti nak kena berebut2 ni...haha...siap standby nanti bila dia bukak kan pintu bas kita pecut 100m la yer..haha...tapi sangkaan itu meleset...masing2 berbaris dengan teratur bila bas sampai...yang tua akan didahulukan...takde istilah nak bertolak tolakan...sangat tenang dan masing2 saling bertoleransi antara satu sama lain....agak2nya kalau kita di sini? 🙄
#4 Plastik Sendiri
Yang ni pun
rare....saya perasan suami saya bila nak ke
supermarket atau
shopping complex ke dia akan sumbat
plastic bag atau
paper bag...rupa2nya semua
supermarket sehinggakan
shopping complex mengamalkan 3R...
Reduce, Reuse and Recycle...sapa yang tak bawak
you have to pay for the bag...mereka telah jauh ke hadapan berbanding kita..tapi sekurang2nya kita di Malaysia sudah mula mempraktikkan amalan ini...banyak kelebihannya...
Sebenarnya banyak lagi tau..contohnya peraturan memandu di jalanraya...mereka sangat2
strict tetapi denda yang dikenakan adalah bersifat memberi pengajaran bukan semata2 hukuman. Contohnya kalau dah
seat untuk 5 orang jangan lah pandai2 nak sumbatkan 6 orang. Kalau polis mereka nampak, lebih seorang penumpang je pun tetap kena turun dan naiklah pengangkutan awam yang ada...dan kalau nasib baik mereka akan
escort sampai ke rumah 😂
Benarlah, jauh berjalan luas pemandangan...melihat negara orang sebenarnya membuka mata kita bahawa masing2 ada kelebihan dan kelemahannya. Apa yang saya nampak secara peribadi dan naluri saya berkata....alangkah indahnya jikalau mereka saudara seaqidah kita. Malah kita rasa amat malu, segala adab dan amalan seharian positif yang mereka praktikkan sebenarnya sudah diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita...dari sudut kebersihan, lemah lembut dalam percakapan, murah senyuman...pendek kata segalanya...tetapi sayang...kebanyakan kita tidak menyedarinya..😔
Saya doakan rakan blog yang membaca tulisan saya ini dimurahkan rezeki oleh Allah SWT untuk merasa pengalaman seumpama ini di tempat orang lain. Tapi pastikan kalau boleh tunaikan umrah dulu di tempat yang tiada tempat semulia dan setenangnya di muka bumi ini...Makkah al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah ye...barulah lebih seronok rasanya kan..kan..kan...😊😊
Okay...selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta semuanya....esok dah kerja, jadi mode rajin menulis saya di hujung minggu ni macam tak dapat ditahan2 jer...okayyy...bye...
Assalamualaikum.... 😙😘😚😋
Ni sebahagian gambar kenangan bercuti di London, Paris, Scotland dan Liverpool hari tu.... 😍😍