Bayu senja berbisik lembut
Tersekat sayup2 suaranya
Seolah ingin menyatakan sesuatu
Seperti ada rahsia
Antara engkau dan aku
Apa sebenarnya
Belum aku mengerti
Sehingga pada satu ketika
Baru aku menyedari
Bahawa engkau sangat merinduinya
Oh sang bayu
Lihat senyuman manisku
Dengar baik2 bait bicaraku ini
Pahat dalam hatimu selamanya
Tahukah kamu...
Kadang satu ketika
Sayang itu beerti
Merela dan melepaskan pergi
Seseorang yang kita cinta
Sesuatu yang kita kasihi
Hairan engkau mendengarnya
Mana mungkin begitu...?
Benar wahai sang bayu
Rupanya saat itu
Baru kita sedar dan mengerti
Bahawa dia adalah permata
Terlindung kilauannya selama ini
Oh bayu...lepaskan dia pergi
Dia pasti bahagia
Mengembangkan sayapnya
Terbang di awan biru
Hadiahkan senyuman manismu
Agar dia tenang dan bahagia
Saat menggapai bintang
Tinggi di langit sana...

No comments:
Post a Comment