Saturday, 11 March 2017

Kurus Bukan Untuk Cantik...

Assalamualaikum...salam hari sabtu yang ceria...


Dah sarapan ke belum pagi ni? Tak lagi??...ehh..sarapan wajib ambik tau...jangan sekali2 skip breakfast sebab nak diet...it's totally wrong...sebab mengikut pakar pemakanan ada 8 kebaikan sarapan! Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus. Satu lagi, percaya atau tidak mengikut kajian, rata-rata mereka yang mengambil sarapan jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan! Cehhhh...macam pakar diet la pulakkk...😋😋

Ok..cuba tengok balik tajuk entri ini...'Kurus Bukan Untuk Cantik'...hehe...yelah tuuuu...bohong je...selalunya kurus dikaitkan dengan obsesnya seseorang itu untuk kelihatan cantik..ya..majoriti orang berpendapat sedemikian tapi bagi saya...kurus itu sangat penting untuk mengekalkan kesihatan...cewahhhhh...😂😂


Ehh..betulllll...okay...nak share sikit...saya pernah mengalami obesiti suatu masa dulu...berat mencecah 65kg tau..3 tahun tinggal di Penang saya ternyata berjaya menternak lemak sehingga 10kg...hahaha...satu pencapaian yang sangat membanggakan kan..kan..kan...😂😂  apa tidaknya? Nafsu makan menjadi2 sebab makanan semuanya menggoda...hari2 ada pasar malam...hari2 hentam segala jenis makanan...burger, laksa, nasik kerabu, mee udang, pendek kata segalanya...exercise?? Sila meninggal..!!

Hasilnya badan naik sehingga termasuk dalam kategori obesiti!...amek kauuu...tapi masa tu tak ingat lagi sebab yang penting...sedapppp..hehehe... Sehingga akhirnya saya balik semula ke Kuching dan pada masa tu ramai yang menegur, kenapa sudah bam bam...makin comel...berisi dan sebagainya...walhal dalam hati saya sedar semua itu bahasa yang lembut sebenarnya untuk mengatakan saya sudah semakin gemuk..!!! 🙈🙈


Alamakkkk...masa tu mula terfikir.....something has to be done!...sebab masa tu juga sudah sangat terasa banyak penyakit yang datang...kolestrol agak tinggi, tekanan darah juga semakin tinggi, cepat letih dan mengah...sakit2 badan dan sendi.. dan yang paling ketara baju sebelum2 tu semuanya dah sendat tak muat 😂😂...juga yang paling merisaukan saya ialah aktiviti solat saya...rukuk, sujud semuanya menjadi sakit dan sukar tidak seperti sebelum saya mengalami kegemukan itu...😐

Jadi saya mula terfikir dan ingin kembali kepada berat badan yang ideal...saya rasakan begitu payah apabila badan sudah naik sehingga mencapai obesiti..okayyy...saya mula memikirkan bagaimana untuk memulakannya pada ketika itu...ni nak share apa yang saya telah buat ye...


#1 Jaga Pemakanan

Inilah perkara paling utama yang mesti kita lakukan. BUKAN TAK MAKAN LANGSUNG tau tapi...KAWAL PEMAKANAN...eat regular meals tapi setiap kali mesti dalam kuantiti yang disarankan....saya tetap makan nasi tapi dalam jumlah yang sesuai...lebihkan sayuran dan buah2an...dan kurangkan minuman manis...dan masa ni jugak saya ELAKKAN MINUM AIS...bohonglah jugak kalau langsung tak minum sebab sekali sekala tu belasahlah jugak..haha...


#2 Exercise 

Hmmm...yang ni pun perlukan kekuatan mental tau! Disaat orang lain masih dibuai mimpi, seawal jam 7 pagi saya sudah ber jogging tau...Bukit Astana adalah pilihan saya kerana di situ lebih tenang dan kawasan sekelingnya sangat cantik...ada tasik di situ...mula2 tu kan...nak pusing 1 round Ya Allahhhhh...semfuttttttttt okayyyyyy 😂😂..hari pertama rasanya mampu buat 3 rounds sahaja...hahaha...tetapi berkat usaha....cewahhhh....saya pernah pusing mengelilingi tasik itu sehingga 13 kali pusingan! Makcik yang tunggu cucu dia bermain kat situ sempat menegur dan mengira berapa kali pusingan saya dah buat tanpa pengetahuan saya...! 😁😁

#3 Minum Banyak Air Putih

Yang ini mungkin dah biasa bagi kebanyakan orang...at least 2 liter sehari sebenarnya...tetapi kalau tidak pun 8 gelas sehari pun sudah memadai...tapi tips saya pastikan masa yang paling penting ialah sebelum tidur malam dan sejurus selepas bangun tidur...pastikan air putihhhh...bukannya air kaler2 tau!


#4 Yang ni tak tau...gila ke apa...hihi

Okay...yg ni ikut korangla yerr...percaya tidak saya akan letakkan digital scale di tepi meja makan!..haha...ada sebabnya...saya akan timbang berat badan setiap kali lepas makan...kerja gila kannnnn...tapi betul2 berkesan! Di situ saya tau bahawa bayangkan selepas setiap kali pengambilan makan berat akan bertambah sekitar 300-500 gram...susah tau nak bakar kalori sebanyak itu...so, benda ni menguatkan semangat...jangan sekali2 makan sampai berpinggan2...buat letih je nak bakar kalori...jogging n pusing 100 kali pusingan pun kelaut juga akhirnya...😅

Ok...yang lain2 tu ada jugak...learn how to read food labels...don't skip breakfast...eat high fibre foods...semuanya sangat membantu....dan alhamdulillah selepas berusaha gigih...errr...gigihla jugak kot...berat badan saya berjaya turun kepada 53kg dalam masa lebih kurang 3 bulan! Hehe...satu pencapaian yang membanggakan untuk diri saya sendiri...😂😂


Taaapiiiiii...taukah anda? Semua tips itu tidak akan berlaku kalau tidak ada self motivation dan semangat yang kuat...pendek kata RAHSIA bagi semua ini adalah DISIPLIN DIRI...! Sekarang ni kan saya rasa saya kembali tidak berdisiplin 😭😭😭..berat badan dah naik semula hampir 59kg...badan saya dah sakit2 semula...berjalan jauh sikit dah tak larat...soooo...now, it's up to me myself...saya dah tau rahsianya tinggal nak usaha je lagi atau tidak...saya kena sihat supaya mudah beribadah...saya kena sihat dan kuat demi anak2 kerana buat masa ni sayalah ibu dan bapa kepada anak2 saya kerana suami masih berada di luar negara...saya tidak mahu menyusahkan orang lain dengan tanggungjawab yang perlu dipikul buat masa ini...saya mahu sihat dan cergas dengan izin Allah SWT...InsyaAllah...😊😊


Saya share ni bukan nak tunjuk dan mengada2...tapi perkara baik jangan disembunyikan selagi ia beri manfaat kepada orang lain...JOMLAH KITA SIHAT BERSAMA SAMA...walaupun usia dah 40 series ia bukan penghalang untuk kita jadi sihat dan gembira kan...kan...kan...

Alright...that's all...sorry la merapu pagi2 cenggini...nak menulis tapi takde idea punya hal...hihihi....

Akhir kata :

"The two most powerful things you can do to create a caloric deficit are to eat fewer calories and burn more calories through exercise. If you want to lose weight you have to eat less and move more "





No comments:

Post a Comment