Wednesday, 27 August 2014

Berlari Mengejar Masa

Cepatnya masa berlalu...sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung tahun 2014!...hmmm... sebenarnya kita silap...putaran masa tak pernah berubah...tetapi kita manusialah yg berubah. Berlumba dengan masa...terlalu sibuk mengejar urusan dunia yg tak pernah selesai...terkadang bimbang itu dan ini...sehingga melupakan apa yg lebih utama sebagai hambaNya. Sedarkah kita....?

Tuesday, 26 August 2014

Terima Kasih Anak Ummi...



Mamai2 bangun tidur terus ke dapur...tiba2 terpandang sesuatu! 

Thank you sooo muchhh my dear...this brings me to tears...what a sweet and memorable gifts from you my lovely son Afif Jazimin. Kacak kah sik kacak, mahal kah sik mahal bukan soalnya, tapi ingatan dari kitak adalah yang paling indah dan bermakna anakku. 

Sik sangka dapat hadiah dari anak Ummi yang comel selamanya di hati tok! Doa ummi semoga anak2 ummi sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT, berjaya dan bahagia dunia dan Akhirat...Amiin..


# Double Happiness for today! Eid Mubarak wa Sanah Helwah to myself...hehe...gambar sebelah ni masa afif berusia lebih kurang 5 bulan...comel kan..? :)

Man Jadda Wajad !

Image result for man jadda wajada


Guru berpesan dengan setiap anak didiknya....

"...Buat sesuatu buatlah dgn bersungguh2.
Bila belajar, belajar sungguh2. Bila bermain, mainlah dgn sungguh2.
Pendek kata bila buat setiap sesuatu yang baik, buatlah dengan yakin dan bersungguh2.

Ingatlah, Man Jadda Wajad!...
Sesiapa Yang Berusaha Pasti Dia Akan Berjaya!..."


Syahid...Pasti Syurga Ganjarannya


Image result for palestin

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yg terbunuh (yg gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dgn mendapat rezeki. (169)

(Dan juga) mereka bersukacita dgn kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yg telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dgn berita baik tentang (saudara-saudaranya) orang2 (Islam yg sedang berjuang), yg masih tinggal di belakang, yg belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yg tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(170).

Mereka bergembira dgn balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang2 yg beriman." (171)

(Surah Ali-Imran : ayat 169-171)


Tanah Itu Milik Siapa...

Image result for palestine

Tanah itu tanah milik KITA semua
Mereka berkorban untuk KITA semua
Setiap titis darah mereka, pengganti darah KITA semua
Mereka berjuang demi KITA semua
Mereka tidak menyesal kerana dipilih ALLAH
Mempertahankan bumi PALESTIN itu
TANAH WAKAF untuk seluruh umat Islam di dunia


Maka, terlalu susahkah untuk membantu mereka?
Sehingga tidak mampu menitipkan walau sebaris ayat
Dalam setiap untaian DOA KITA buat mereka?



Cantikkah Aku...?


Image result for cantik dalam islam














Cantik di mata manusia belum tentu cantik di mata Allah. Namun cantik pada pandanganNya pasti membawa kita ke Syurga....

# Jangan sedih kalau rasa diri tidak cantik kerana cantik itu sangatlah subjektif...bukan pada paras rupa dan kemegahan pakaian kita...tapi cantik yang hakiki adalah atas penilaian Yang Esa.




Niqabis...

Image result for niqabis

Awal2 nk minta maaf ni..cuma terdetik dlm hati...harus ke begitu??

Ceritanya...terserempak dgn seorang wanita penjaga kedai yang memakai niqab...tengok dari sisi Alhamdulillah...seronok dan suka kerana bukan mudah utk berjumpa dgn wanita yang berani utk mengenakan niqab dlm keadaan sekarang. Tiba2 bila tengok dari depan...Masya Allah...matanya sgt terserlah dgn 'touch up' celak dan maskara mungkin...wallahu a'lam. Melihat keayuan dan galak matanya itu sudah cukup mencairkan hati sesiapa yg memandangnya...itu aku seorang perempuan...kalau lelaki??

Maaf...saya tidak sempurna berbanding wanita itu...juga saya tidak mengatakan semua yang berniqab itu masih kabur dlm memahami konsep berniqab yg sebenarnya. Cuma kalau nak buat biar betul2 dan jangan sampai menimbulkan fitnah yg lain pula. Fahami dgn betul...Insya Allah barulah benar2 cantik pada pandangan Allah SWT dan orang di sekeliling kita....

Sesungguhnya saya benar2 'salute' dgn yg mengenakan niqab kerana saya tahu bukan mudah utk mengubah penampilan yg akan mengundang pelbagai persepsi dan respon berbeza orang ramai...kalian memang berani berubah...biarlah kerana Allah...Insya Allah... 


" Hijab or Niqab is not just a scarf you wear to cover yourself. It should be reflected in our speech, actions and attitude..."

Pintu Rezeki di Pagi Hari...

Image result for sunshine and flowers

Anak-anakku...
Bangunlah awal di pagi hari...nescaya akan terbuka pintu rezeki...
Jangan terdampar lena sehingga tengahari...banyak benda kita akan rugi...sempit di sana sini...

# Rezeki itu datang dalam banyak perkara...pelbagai bentuk berupa nikmat yang berbeza-beza...yakin sahaja...Allah SWT lebih tahu apa yg terbaik utk kita... 


Alkisah Lembu Korban


Esok ada majlis korban kat sekolah...tak sabar nak bergotong royong dgn rakan2 guru, staf dan anak2 pelajar...mudah2an Allah swt akan permudahkan urusan kami. Tadi, pegi skolah hantar si abang balik asrama, nampaklah 2 ekor lembu yang ditambat di batang pokok bersebelahan asrama putera, yg akan dikorbankan esok hari. Maka berlakulah dialog dalam kereta sambil memandang wajah lembu2 tu dari jauh :

Najmil : Oo tedah...kesian kan lembu ya mak oww. Dah la muka cute....tengok2 lepas nya 2 malam tok. Selamat la nya....(dlm hati...sampai ke situ pulak dah..)

Irfan    : Hmm...esok kenak sembelih lah nya. Oo tedah...sian nangga mukanya.

Saya   : Sik hal...tauk sik, lembu ya buat pahala. Sanggupnya berkorban demi Allah dan berjasa untuk manusia. Kalau kita...sanggup sik berkorban macam nya?

Najmil : Ooo...lps nya kenak sembelih...nya mati...masuk syurga lah nya?...

Saya   : Errrr...InsyaAllah...(Speechless for a while....) hmm...mun ktk org la...apa jawapan yang boleh menyakinkan budak2 kecil mcm ya..? 


# maaf.....dialog dlm bahasa sarawak...sapa nk mintak translate tu silakan ye... :))

Teruskan Langkahmu Anak-anakku



Tiba masanya melangkah pergi
Bawalah dirimu
Mengejar impian yang menggunung tinggi
Menongkah arus mengutip mutiara berharga
Usah bersedih hati
Di sana menanti pelangi yang indah
Biarkan aku yang masih tetap di sini
Bersama kenangan hadir dan pergi
Namun berjanjilah
Tinggalkan padaku senyuman kejayaanmu
Kerana ia sudah cukup membahagiakanku.... :')


# memori hari2 terakhir bersama sebahagian anak2 pljr Ting. 5 aspuri yang akan sentiasa dirindui....



I Love Writing

Image result for menulis

Aku menulis bukan kerana nama
Tapi kerana menulis itu
Adalah sebahagian dari duniaku
Seni itu mengalir dalam darahku

Pernah untuk cuba menyepi
Namun tetap ia mencari
Semakinku menjauh diri
Semakin ia cuba untuk kembali

Lantas kuakur
Sampai bila biar waktu berbicara
Selagi kudrat itu ada
Selagi langkah ini bernyawa
Biar masa yang akan menentukannya....

Inilah diriku....terima seadanya.....

Terima Kasih Sahabat



Image result for true friends cartoon

Syukur atas segala yg Allah bagi pada kita...nikmat, ujian, dugaan semuanya dari Allah...adakah kita bersabar atau sebaliknya, syukur ataupun kufur nikmat, semuanya atas diri sendiri...

Sungguh Allah Maha Mengetahui segala hikmah yg tersembunyi...sampai masanya kita akan mengetahuinya jua...ketika itu baru kita sedar...bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu itu dgn sia2…


~Terima kasih buat mereka yang pernah mengingatkanku dengan Allah SWT di kala aku terlupa....kalianlah sahabat dan saudaraku dunia dan Akhirat...semoga Allah memberimu nikmat & kebahagiaan...juga di dunia dan Akhirat...amiin...