Bingung memikirkan bagaimana untuk memuaskan hati semua orang...mustahil kerana masing2 ada kehendak dan kepentingan sendiri....
Ternyata......
BAHAGIA itu apabila kita dapat memenuhi 'kehendak' Allah....lebih tenang kerana tidak pernah mengkhianati hambaNya....lebih gembira kerana Allah tidak pernah melupakan hambaNya....bahkan lebih bahagia kerana Allah tidak pernah sesekali zalim terhadap hambaNya. Ingatlah, janji Allah sangat pasti tetapi janji manusia belum tentu lagi...
Jadi...
Hiduplah kerana Allah...matilah kerana Allah...penuhilah kehendak Allah kerana DIA Maha Adil....DIA tidak pernah mencarik, merobek dan mengecewakan hati hambaNya...Maha Memaafkan setiap ulanglaku kesalahan hambaNya...sedangkan kita manusia seringkali menyubur dendam dan hati jelik disumbat kebencian seolah diri kita sudah cukup sempurna dan tidak pernah melakukan sekelumit dosa....Allahu Rabbi...
Tinggal kita yang selalu lupa...kejar dunia...kejar manusia...kejar pangkat dan harta....
Sampai bila.......?
Tanyalah HATI.....bilakah mahu kembali kepadaNya.....