Friday, 17 March 2017

Terima Kasih Untuk Sebuah Memori Itu...

Terima kasih untuk segala kenangan bersama....

Sazah berasa bangga dengan kitak orang semua...semalam pasti banyak air mata yang jatuh...samada airmata kegembiraan atau kesedihan....tahniah buat kitak orang semua yg telah membuat yang terbaik....terutama yang telah berjaya dapat keputusan cemerlang...pada yang kurang berjaya jangan putus asa okay...walaupun keputusan ya sik dinafikan sangat penting tapi yakinlah, jalan untuk kitak orang berjaya di masa akan datang masih terbentang luas...

Walau apapun keputusannya sazah harap kitak orang iboh suk gilak dan iboh sedih gilak...jalan di hadapan masih jauh lagik...dalam hidup jangan sesekali menyerah kalah...jangan mengenal erti putus asa....kerana orang berjaya melihat sebuah kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk lebih mara jauh ke hadapan....orang berjaya melihat ujian kepayahan itu sebagai ubat yang mesti ditelan untuk kembali sihat dengan senyuman kegembiraan...bukannya halangan yang akan membantutkan impian dan cita2 yang diinginkan. Berusahalah okay....insyaAllah kejayaan akan dalam genggaman kalian.


SPM ini baru satu permulaan dan bukannya penentuan...kejayaan itu akan benar2 terbukti suatu hari nanti...sazah salu madah, tunggulah enam tujuh tahun akan datang...barulah sebuah kejayaan itu boleh diukur...masa ini? Ia sesuatu yang belum pasti. Sazah dah banyak melihat, bagaimana yang tidak begitu berjaya pada awalnya, ditakdirkan Allah SWT berjaya menjadi seorang insan yang berjaya berkat kesungguhan dan sifat sik putus asa dalam dirik nya mpun...

Apapun buat anak2 asrama...5 tahun mengenali kitak orang sazah sudah masak dengan perangei semua kitak orang....dan kitak orang pun tauk sazah gine kan...hehe...bukan jak warden asrama tapi sazah yang ngajar kitak orang. Rupanya abis kitak orang melangkah keluar dari sekolah dan asrama...sama juak terhenti khidmat sazah sebagai warden setelah 6 tahun bersama2 jatuh bangunnya asrama tercinta kita...dan akhirnya kejayaan kitak orang dalam SPM adalah satu hadiah yang sangat bermakna untuk sazah. Rami yang nanyak kenak sazah berhenti...sazah ada sebab tersendiri dan mungkin memang sudah sampai masanya untuk sazah mengundur diri. Apapun cukuplah yang kitak orang tauk jiwa sazah pada aspura/aspuri sangat dekat...yalah rumah keduak sazah...sazah jadi waden ada sebabnya kerana sazah melihat kitak orang adalah permata yang perlu dijaga dan digilap sehingga bersinar cahayanya..

I would like to mention a few names here...thanks sabirah, fatimah, liyana, izzati, mimi, dania, thaqifah and aisyah for the great moments together...ternyata kitak orang telah berjaya dengan cemerlang...ini adalah berkat kesungguhan dan hormat kitak orang pada guru...sik berkira dan sanggup bersama2 susah dan senang kita di aspuri....thank you so much sebab salu bersama2 dengan the 3 powerpuff girls itu...me aka Blossom, c.zakiah aka bubbles and sazah fasya aka Buttercup...we're 3 superpower girls right? Hahaha...

Not forget to mention here...farish, matno, syakir, syed amirul, hazwan...terima kasih sebab selalu nolong disaat kami memerlukan kalian...and also these few names...dan sebab kitak orang 5B sazah ajar lagik lah sazah ingat...adib (sik tauk la kenak sazah suka ngan kitak...maybe kitak cool, humble and hormat cikgu...and terbukti kitak dapat 7A dalam SPM)...shaqil pun sama juak sazah akan ingat gulabatu kitak ya...even it was just sebijik gulabatu insyaAllah sazah akan ingat sampei bila2...zuhairi is also a good boy...baik dengan sazah..suka besusei ngan sazah...smpei rahsia nya dengan tong sampah ya sazah masih ingat...hahahaa...sik hal zu, sazah akan simpan rahsia ya okayy...and also farid affendy...okay...this guy sik tauk nak madah...hahaha...sentiasa tegisin bila nemu sazah...setiap kali limpas 5B nang ada jak nya...ne ndak word 'sengal' ya memang khas untuknya...sejak nya pergi jarang2 dah sazah nyebut perkataan sengal ya tauk...hahaha..sorryyy farid...this character also sama juak dengan faiz irfani...sik tauk nak madah...sengal no 2...hahaha..

So now...sazah rasa sazah boleh senyum melangkah keluar dari ruang lingkup asrama...waden...aspura aspuri dengan senang hati...dengan senyuman...penutup yang sazah rasa sudah cukup membahagiakan...mudah2an kita keluar dari ruang lingkup 'dunia itu' dengan senyuman kegembiraan untuk melangkah ke sebuah dimensi yang mungkin berbeza...sebab yalah kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai setiap apa yang kita lalui...ia akan jadi sebuah kenangan yang cukup membahagiakan bila kita ingat kembali...

Thats all for now...maaf gilak2 sebab sazah sik dapat nak sebutkan nama kitak orang semua...semuanya meninggalkan kenangan yang baik2 untuk diingati..apapun sazah akan sentiasa doakan kejayaan anak2 didik sazah...semoga kalian akan dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan...dan akhirnya beroleh kecemerlangan hidup dunia dan akhirat. Cuma sigek sazah mintak, andai satu masa sazah pergi, mohon hadiahkan sazah sekurang2nya alfatihah sebagai bekalan yang sangat ternilai harganya....

Semoga kita berjumpa di syurga nanti kerana itulah sebaik2 tempat yang kita impikan....Amiinnnn....



#17 Mac 2017 (Jumaat)





No comments:

Post a Comment