Ada benda yang kita tak boleh nak mengadu pada manusia, tak boleh nak cerita pada sesiapa walaupun orang yang paling rapat dgn kita. Kita kecewa, putus asa, kadang2 rasa nak terjun bangunan pun ada. Astaghfirullah....takkan sampai begitu sekali! Tidak cukupkah Allah bagimu? Tidak cukupkah hanya Dia yg mendengar rintihanmu?
Nampak sangat, kita masih tidak yakin
pada Allah. Sedangkan pada Dialah terletak segala kekuasaan, yang mampu
membolak balikkan hati manusia. Kun fayakuun....jika Dia berkehendak pada
sesuatu cukup berkata jadi, maka jadilah ia. Maka, masih tidak cukupkah lagi
hanya DIA...?
Usah kecewa, sedih dan berputus asa
kerana pasti ada sesuatu yang lebih baik menunggumu. You deserve something
better than that...And i know, you deserve to have the best in your life.
Believe me.....
No comments:
Post a Comment