Alhamdulillah...Allah
masih bagi peluang untuk kita membuka mata dan bernafas hari ini. Masih dgn
kertas exam yang berbaki sedikit ditemani kopi susu kambing yang sedap. Sambil
berfikir, pagi ni nak masak apa untuk suami dan anak2...errr...bihun goreng
cina pun boleh kot. Berfikir seketika...yes, this is part of our life. Bangun
tidur, buat segalanya sehinggalah memejam mata di malam hari, titik di situ.
Hmm...telinga ini menangkap sesuatu di corong radio. Mati...tak bisa untuk kau
hindari...tak mungkin bisa engkau lari...ajalmu pasti menghampiri...Allahu
Rabbi...bergetar hati. Macam tau2 je nak suruh bagi hati ini sedar, mati
penutup cerita di dunia. Fullstop di situ! Benarkah? Mari fikirkan
bersama...ketuk sedikit hati dan minda.
Tulis,
tulis dan terus menulis...yes, this is also part of my life. Sungguh, bukannya
gila glamour, nak bagitau saya bagus atau tidak, nak bagitau setiap inci benda
yang saya buat, TIDAK! Tapi mesti semua kita ada hobi, ada benda yang kita suka
buat kan. Bila buat kita rasa seronok, puas hati lagi2 kalau ia hasilnya
melibatkan orang lain. Ya, saya sangat gembira. Pernah saya diberitahu,
"saya suka baca setiap apa yg ditulis dan kadang memberi saya semangat dan
harapan", "saya rasa kebanyakan yg awak tulis datang dari hati",
dan ada lagi feedback yg saya terima. Alhamdulillah...sungguh, tidak saya
jangkakan sama sekali! Inilah sebabnya saya masih terus menulis. Kalau ada pun
yang rasa tak suka, tak selesa, annoying dan sebagainya saya tidak memaksa.
Butang unfriend atau block ada kat situ...tinggalkan saya.
Ada
cerita sikit, bulan jun hari tu, tiba2 dapat satu cek. RM***...Aik! Sapa yg
murah hati nak bagi duit ni, tak tengok elok2 pun terus cakap, hmmm...mungkin
bank nak bagi baki duit apa2 kot. Dah beberapa hari tu suami tanya...takmau
duit ni ke? Pastu baru belek betul2, baca byk kali baru perasan dari Majalah
Tunas Cipta. Rupa2nya baru ingat akhir tahun lepas pernah suka2 hantar puisi
lebih sikit setengah jengkal...cuba ukur dgn jari tu..hihi...rupanya telah
dimuatkan dalam majalah Tunas Cipta Disember 2013. Sampai sendiri tak ingat apa
tajuk puisi tu...huhu...KeranaNya kalau tak silap.
Saya
pernah cakap kat anak saya, ambik password facebook ummi. Suatu masa kalau ummi
dah tak ada tolong deactive atau delete terus fb ummi ya. Atau sapa2 nak tolong
saya deactive akaun saya meh saya bagi passwordnya...hehe...sungguh ni, sebab
saya tak ada apa2 rahsia pun. Saya telah berkongsi banyak benda di sini....
Maaf,
merapu je pagi2 ni. Sebenarnya takda idea, hihi...terima kasih pada yg sudi
membaca sehingga ke titik ini. Saya doakan semua sahabat agar sentiasa bahagia
dan ceria. Dugaan dan cabaran silih berganti dalam kehidupan, itu biasa. Allah
sayang, Allah uji...supaya kita kembali padaNya. Corner kat mana2 pun akhirnya
Allah juga tempat kita mengadu dan tempat akhir kita kembali. Hanya DIA....
No comments:
Post a Comment