Wanita di sebalik air mata itu
Seakan lemah kudratnya
Namun pantang mengalah
Hati selembut sutera
Tapi mampu menjadi kuat
Hati selembut sutera
Tapi mampu menjadi kuat
Seteguh karang di laut
Terbukti jiwanya halus
Kerana itulah
Selalu niatnya ikhlas dan tulus
Selalu niatnya ikhlas dan tulus
Wanita di sebalik air mata itu
Hiba berkocak jiwanya
Ibarat sungai yang tenang
Jernih di muara
Jernih di muara
Kadang keruh di penghujungnya
Tetap tenang senyum dan tertawa
Namun tiada siapa yang tahu
Namun tiada siapa yang tahu
Di sebalik sandiwara itu
Hatinya sedang menangis....
No comments:
Post a Comment