Sunday, 13 December 2015

Duhai Hati Yang Tenang



HATI tidak tenang dan sentiasa resah gelisah? Kadang sentiasa ditimpa MUSIBAH berpanjangan seolah tiada berkesudahan? Muhasabah diri...check HUBUNGAN dengan ALLAH SWT dan sesama manusia di sekeliling kita...

Adakah kita menjaga SOLAT dgn sebaiknya? Atau lebih parah lagi langsung mengabaikannya? Adakah kita menjadikan AL-QURAN sebagai peneman setia di kala suka dan duka, atau langsung tidak menyentuhnya dalam tempoh masa yg lama? Adakah kita terlalu mengejar dunia sehingga meletakkan AKHIRAT yang paling utama di belakang kita? Adakah kita berterusan melakukan dosa dan maksiat sehingga tidak mencari ruang untuk bertaubat dan memohon KEAMPUNAN dariNya? Adakah...adakah kita...........

Apakah kita sentiasa berbuat KEBAIKAN dgn mereka yang di sekeliling kita atau sentiasa sahaja tidak puas menyakiti selagi nafsu belum mahu berhenti? Apakah kita menjaga TUTURKATA dan TINGKAHLAKU, sentiasa baik sangka dan menganggap setiap mereka sbg saudara kita...atau sebaliknya kita sering melihat keburukan dan menghitung kesalahan orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri? Lembutkah hati kita dalam memberi KEMAAFAN atau terus diulit dendam kesumat tidak berkesudahan, seolahnya kita sentiasa sempurna tidak pernah menyakiti sesiapa?? Apakah...apakah kita......

KETENANGAN HATI tidak ternilai harganya....harta dan pangkat tidak dapat membeli segalanya. Kembali pada Allah, nescaya itulah kebahagiaan yg tidak akan mampu dijual beli dan ditukar ganti. Semoga KETENANGAN HATI itu menjadi milik kita semua....


No comments:

Post a Comment