Nak hilang rasa ego tak susah...
Nak wujudkan rasa rendah diri bukannya payah...
Satu cara paling mudah...
Pagi2 bila ada pakcik2 atau abang2 kerja lori sampah datang kutip
dan kosongkan tong2 sampah kita...jangan sekali2 tutup hidung buat muka sebab
bau busuk. Sebaliknya belajar untuk senyum, tegur dan ringankan mulut ucap
terima kasih..
Payah sangat ke?
Hina sangat ke mereka?
Boleh jatuh maruah ke?
Hmmm...sebab mungkin ramai di antara kita lupa...
Pekerjaan mereka adalah pekerjaan sangat mulia daripada tadah
tangan meminta-minta
Pekerjaan mereka sangat mulia demi sesuap rezeki untuk keluarga,
untuk anak2 mereka
Pekerjaan mereka sangat mulia sebab kosongkan tong sampah kita,
supaya tak busuk tak berulat dan tak bertimbun setinggi gunung...
Hmmm...ambillah ibrah daripada pekerjaan mereka.
Jangan sekali2 sombong dgn berkata...alahhh...dah belajar tak
pandai tak tau nak kerja apa...kerja lori sampah jelah yang mereka mampu
buat....
Alahaiiii...hebat sangatkah kita....?
Jangan sampai di akhirat nanti kita berjumpa...masa tu baru kita
tahu bahawa iman dan ketaqwaanlah yang sebenarnya membezakan kehebatan dan
kemuliaan di antara sesama manusia.....
#kempensenyumdanucapterimakasih
#muhasabahuntukdiridananak2sebenarnya



